Sesiapa pun akan terasa sebak dan pilu bila memohon ampun dan maaf kepada ibubapa. Tak semena2 air mata ni mengalir dengan sendirinya.
Tapi ada juga orang yang hati kering....orang kata sukar mengalirkan air mata.
29.9.09
Alahai...raye
Balik kg suami tahun ni...tak berapa rasa rayalah. Mana tak...sebab tak beraya sangat.
Apa puye bahasalah. Maksud aku kurang beraya. Dah berjanji nak pergi rumah sedara tapi suami tak jadi pegi...itu yang rasa tak raya.
Yang ada aku jadi bibik kat kg dia..huhuhu. Duduk dapur aje le.
Seminggu ni sibuk dgn marhaban...balik kerja terkejar2 masak dulu...(kewajipan) baru le gi marhaban. Baru 1 hari mula dah penuh satu tuperware (besar) jajan...ada lagi 4 hari marhaban...bikin stok jajan utk beberapa hari.
Gambo2 raya tak sempat nak upload...tunggu...
16.9.09
ISTIMEWA BUAT TEMAN2 BLOGGER

(klu sudi silalah ambil kad raya ni dan paste kan kat umah)
ZUE ingin mengucapkan selamat hari raya buat teman2 blogger dan bila balik kg tu hati2 lah di jalan raya...pandu cermat jiwa selamat.
Suasana Hari Raya.
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
(lagu kegemaran haris)
.....................................................................................
kad ucapan dari MeNmyKitchen (adik ain yg tersyg) thank u very much.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Semoga cahaya aidil fitri yang bakal menjelma nanti mengeratkan lagi tali sillaturrahim sesama kita.
Kad ini dtgnya dari moi qistinas yg telah pun berada di m'sia.
Semoga hubungan sesama kita dipereratkan.
Kad ini pula dtgnya dari toknabe yg akan balik ke pantai timur.
walaupun tidak pernah bersua muka..Semoga tali persaudara sesama kita terus terjalin.
Warna merah yg meriah ni...dari kak long symphonyjuezura yg tinggal di beranang dan balik kg Perak.
semoga selamat dlm perjalanan.
kad ini pula dari maksu.ceritakosong..seorang blogger yg begitu popular dan byk cerita2 yg menarik darinya. Harap maksu bergembira dihari raya.
10.9.09
ISO...nak raye lah..
Lagi beberapa hari umat islam akan menyambut aidil fitri. Aku ngan member satu pejabat ni belum terasa lagi bahang2 nak raya. Mana tidaknya tengah bizi...nak dapatkan ISO 9001:2008. Sepatutnya masa2 begini le kerja tak membebankan otak kepala.
Pada 14hb ni ada Internal Audit...kemudian pada 13/14 october barulah betul2 audit.
Payah betul bab2 nak membaca dan menghafal. Almaklum lah otak kepala ni dah tak leh nak menerima. Semuanya dalam bahasa london. Ni yang fail.
Pulak tu ada banyak borang yang perlu diisi sekarang ni. Nasib baik ada senior aku tu...klu tak ada dia haru biru juga dibuatnya.
Apa saja yang drawing2 yang aku dah letak nama failnya semuanya kena diubah seperti mengikut dlm buku (handbook).
Opis tengah bizi dgn projek baru (nusajaya)..ISO muncul pulak,hari raya dah nak dekat...nampaknya persiapan last minute le.
7.9.09
Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)
Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada umat Islam di seluruh dunia
4.9.09
Berbuka Puasa diluar...

Setiap tahun opis suamiku berbuka puasa di hotel dimana semua keluarga staff2 nya dijemput berbuka puasa bersama-sama.
Memang le seronok bila dapat jemputan sebegitu...satu kepala makan je dah 60 ++ inggit klu satu keluarga dah berapa.
Memang sedap berbuka puasa dihotel...mcm2 ada kat situ..tapi kan perut aku ni mana le boleh isi banyak2...makan sini sikit2 situ sikit2 dan kenyang. Difikirkan dgn apa yang aku makan mmg tak berbaloi .
Klu nak harap kami berbuka di hotel dgn kena bayor yg mahal kirim salam je. Kami sekluarga paling kuat makan pun dalam 50 inggit kebawah ni kan pulak seorg 60. Baik le duit tu beli baju raya.
Bagus juga company buat mcm gitu dengan ini menunjukkan hubungan kemersaan antara staff dgn boss terjalin.
Apa-apa pun terima kasih le buat bos era akitek.
